Sunday, March 29, 2009

langkah pertama

salam sakinah,

merenung kembali tajuk blog ni,rasa nye belum lagi saya keluarkan post yang mungkin berkait rapat dengan tajuk blog ni.-making little changes-

Maka berminatlah saya untuk nak share sedikit tips yang saya cedok dari buku 7 habits..
tapi yang ni bukan stephen Covey nye,tapi yang anak dia tulis.Sean Covey..Moga-moga tips ni jugak boleh jadi langkah pertama tuk kita berubah ke arah yang lebih baik.Sehari demi sehari.
dan ke arah menjana mu'min doktor (betul ke Natrah?)..ehe

1)Selepas ini,apabila kita tengok kat cermin,cuba cakap benda yang positif tentang diri kita.
Lebih kurang macam bersyukur jugak

2)Cuba menghargai idea dan pandangan orang lain.Puji tindakan orang lain contohnya.Kalau sebelum ni,asyik dok complain pasal orang lain,kurangkan lah.Ganti dengan pujian,kan elok gitu.(^_^)

3)Fikirkan orang yang kita sayang atau kawan-kawan rapat.Adakah mereka masih ceria seperti dulu ataupun dah sedikit berubah(ke arah negatif contohnya).Cuba fikirkan sebab-sebab yang boleh buat diaorang jadi camtu.. (camne ye mak sekarang..huhu..rindu nye pada tanah air)

4)Bila kita tengah dok relaks,apa perkara yang kita selalu fikir?selalunye benda yang kita selalu pikir,boleh menjana atau mengawal paradigma kita dimasa yang akan datang.

5)Cuba treat orang sepertimana yang kita nak diaorang treat kita.Jangan mengumpat,marah-marah orang atau cakap belakang,unless kita nak orang layan kita camtu jugak.. (T_T).. insaf mode

6)Bila berada dalam sesetengah situasi yang memerlukan kita untuk bertindak,,cuba pikir sejenak,apakan principle yang kita akan apply?sabar?sayang?jujur?. etc

Rasanye cam dah cukup untuk 6 steps..lain kali tulis lagi,,
tak leh tulis banyak-banyak..nanti borim pulak nak baca..
o.k.sama-sama kita ke arah yang lebih baik..
masanye untuk kita berubah..
\(^_^)/

Saturday, March 28, 2009

kekasih



ku mencintaiMu lebih dari apapun,

meskipun tiada satu orang pun yang tahu..

ku mencintai Mu sedalam-dalam hatiku,
Engkau adalah cintaku ..

yang ku cari selama ini dalam hidupku..

dan hanya padaMu ku berikan sisa cintaku ,

yang panjang dalam hidupku..

Thursday, March 26, 2009

tak terduga

salam sakinah,

Hari ni ramai orang komen kat shoutbox.Baru terasa sebenarnye berblog ni boleh menghubungkan silaturrahim secara tak tersedar.Bersilaturrahim tu perkara yang Allah suka,adakah ini bermakna ,berblog ni juga benda yang Allah suka? \('-^)/.ehe.masing-masing ada jawapan masing-masing.

Tadi pegi rumah kak bal lagi dengan berbekalkan sebuah laptop.Sebab kak bal nak buat projek (katanya..).Dah lama tak datang rumah kak bal,rindu pulak rasa.Dulu sebelum kak bal kawin,rajin je datang 'lepak-lepak' situ.Tapi sekarang kak bal dah berdua,dan insyaAllah akan bertiga bulan 7 nanti(oh..berdua itu pasti lebih baik dari berseorang?)

Sekali tengok kak bal nampak letih je.Kak bal citer dia sakit belakang.Kalau duduk lama-lama makin sakit.So kak bal asyik kene baring je.Kak bal pun tengah dok pertimbangkan tuk bawak bantal tuk dialas duduk kat kuliah nanti..sian sgt..huhu (oh~ ibu kasih sayang mu,kasih yang suci ..) menurut bakal ibu ini,,baby biasa nye akan bergerak at least sekali sehari..(em..cam menggeliat kot?)Pergerakan nye pulak ada dua jenis.Samada bermain kurroh atau mencucuk2 sahaja .Kalau yang bermain kurroh (bola) tu lagi aktif.

Sambil2 berbual-bual dengan kak bal,mendengar-dengar kak bal citer pasal baby,sempat jugak bertanya-tanya khabar kalau ada sapa-sapa akan berlangsung dalam masa terdekat ni..(sambil mandi,sambil berus gigi..hehe)Dalam duk ralit berbual tu,tak perasan dah masuk asar.Lepas solat,terus saya bersama-sama laptop berangkat pulang..

Dalam tengah jalan menuju ke arah mahattoh tramco,tiba-tiba mata tertangkap sebakul besar strawberi kat tepi jalan,disebabkan harganye yang murah dan kesegaran buah yang memuaskan(3 genih je sekilo)saya ambil keputusan nak belik 1.5 kilo(tamak tu..huhu).Lepas bayar duit,kaki ini terus rancak berjalan ke arah tempat yang seharusnya dituju.lalala~

Petang tu orang agak ramai.Nampak gaya nak kena cepat-cepat dan berasak jugak la.tak sampai seminit tu,ada satu tramco datang.Suma orang pakat serbu,saya dengan proaktifnye ,menurut serta.beratur-beratur,last-last dapat jugak tempat tu.Tapi memang agak sesak la.Terasa sedikit terseksa sebab saya terpaksa duduk bertentangan dengan orang lain dan bersebelahan dengan pintu.bahaya mode ~

Lepas tramco tu bergerak..semua orang sibuk nak keluarkan duit nak bayar tambang.Tangan saya pun mula bergerak mencari-cari uncang duit.seluk punya seluk,tak jumpa.huhu..Dah start cuak dah.Mana la pulak dia menyorok dalam beg ni.Bila diselongkar beg tu sepuas-puasnye,tetap tak jumpa.huhu..
(mama..saya mahu nangis (T-T) )
Okay,jangan panik.Cuba buka semua zip yang ada kat beg ni.Mana tau kalau-kalau ada unsur-unsur duit yang tertinggal.Buka punya buka,hasilnya tetap sama.(oh duit.. dimana kamu~) Apa nak cakap kat pakcik ni?percayakan dia kalau kita cakap duit hilang?kalau dia berkeras jugak nak duit camne?(bagi je la strwaberi ni..huhu).


Sebenarnye dari awal perjalanan tadi,ada sorang perempuan arab ni dok gaduh dengan pakcik tramco,sebab pakcik mintak ugrah yang mahal walaupun dia nak turun dekat je.Gaduh punya gaduh,last-last perempuan arab tu mintak tuk turun.Tapi turun yang tak berbayar (walaupun tramco ni dah jalan dekat 1km).oh,,saya dengan pantasnye mengikut perempuan arab tu.Berlagak cam tanak naik sebab tambang mahal jugak.huhu(terpaksa ni.)Lepas turun tu,,rasa selamat dah skit.Apa nak buat ye?duit takde dan hp dah syahid masa kat rumah kak bal lagi.

Dalam kepala ni hanya ada satu cara dan pilihan,kena jalan balik pegi sabi untuk pinjam duit dengan sesiapa.Berbekalkan laptop yang agak berat,,dan strawberi 1.5 kilo,, saya ambil keputusan tuk berjalan kembali ke sabi.Tak pergi rumah kak bal,tapi rumah akhwat lain,sebab kalau nak pegi rumah kak bal,bermakna saya kena jalan 1.5 km.Bukan 1km.

Sampai je depan rumah akhawat tu,tekan loceng.Lama tunggu,,tak buka-buka jugak.lepas tu ketuk lagi,takut-takut tuan rumah tu tertidur.Masa tengah tunggu,baru teringat yang hari ni PMRAM ada muktamar.Ini bermakna,,rumah yang saya ketuk itu,tak berpenghuni!

Nampak nye nak kena pegi rumah orang lain jugak.Rumah yang kedua tuk jadi sasaran adalah rumah kak asma.Sampai je bawah rumah tu,gate bawah kunci.Alamak,camne ni?hp dah mati kalau nak call pun memang tak leh.huhu.. kecewa mode~

Tiba-tiba ternampak intercom kat bawah.Rumah kak asma no berapa ye?em,,takpe la..tekan je la..last-last terkena rumah arab.Mintak dia buka.hu..seb baik dia sudi hati nak bukak.

Selepas menerangkan segala jalan cerita kepada kak sema.Kak asma pun terkejut jugak..kak asma syak kantung duit tu kena curik,bukan jatuh.Pinjam duit pastu kak sema bekalkan kurma dengan sedikit strawberi(sebab yang 1.5kg dah tinggal rumah kak sema,tak sanggup dah nak buat balik (T-T) )

Sebenarnye,,sebelum berlaku kejadian ni,saya pernah terfikir,kenapa orang lain selalu kena ambil barang,tapi barang saya tak pernah kena ambil..huhu..kan dah kena.

Kesimpulannye,setiap kata-kata dan perbuatan kat sini kena jaga.Walaupun lintasan hati.Sebab Allah tersayang maha mendengar setiap lintasan hambanya.Setiap tindak -tanduk,zonn,kata-kata dan lintasan hati kita ni adalah doa..em..

jaga hati,,hiasai peribadi..moga kita menjadi hamba yang sejati..dahulu,kini dan selamanya.. ameen~ ya Rabb

Tuesday, March 24, 2009

masam manis kehidupan

salam sakinah,


Semangat sekali nak tulis post baru pada hari ni \(^-~)/.Almaklumlah blog baru(yang lama dah kene delete oleh diri sendiri T-T).Menulis untuk nak hilangkan penat badan dan kepala sekali gus.Tadi berdhuha-dhuha ke kuliah dengan senang hatinya.Bila teringat peristiwa kelmarin yang kena escort dengan seekor puppy..(aduhai..anjing pun minat kat aku)rasa cuak gak,tambah dendam skit2.huhu..


Dari rumah nak kena mahattoh metro sayeda zainab tak lah jauh sangat sebenarnye,dalam 3 ke 4 minit(kalau berlenggang-lenggang).Dhuha pada hari ini taklah bz sangat dengan orang-orang yang nak pegi kuliah.Sampai je kat depan mesin yang nak kena masukan tiket tu,saya pun kuarkanlah tiket putih kesayangan dari poket beg.Tiket ni sebenarnye baru je ditukar ganti semalam atas sebab tiket lama telah mengalami sedikit kerosakan yang menyebabkan dia dah takleh shaghol selepas tak sampai sebulan berkhidmat tu tuan dia yang tersayang ni.


Bila tiket baru tu disedut masuk ke dalam mesin,tiba-tiba mesin berbunyi.huh?kad ni rosak pulak ke?tolak punya tolak penghadang tu,tak jalan.huhu (T-T)..rupanya tiket ni dah rosak..

Sedihnya hati,hanya Allah yang tahu.Tiket yang rosak lama tu pun nak kena ambil masa lebih seminggu sampai boleh tukar(sebab kuliah selalu habis dalam kul 2@5. Dan tempat nak tukar tiket tu pulak hanya bukak dalam sekitar pukul 11 ke 2).Kalau nak tukar belah pagi sebelum pegi kuliah,jangan harap le.. sbb tuan punya blog ni memang kaki lambat(siap penah dpt gelaran ratu lambat lagi masa kat sekolah dulu)hu..


Dalam kesedihan yang tak habis-habis,terpaksa la menebalkan muka tuk tumpang mana-mana makcik yang nak lepas kut mesin tiket tu.(memang jadi tradisi kat sini sapa-sapa yang tak nak beli tiket tuk tumpang lalu bersama-sama orang yang ada tiket,semata-mata sebab tanak kuarkan seginih)Sebenarnye,nak lalu tu memang segan la skit,sebab nati orang akan ingat kita jenis yang tak beli tiket.Dah timbul fitnah pulak kat situ.Tapi kalau beli tiket lain, akan jadi membazir la pulak , sebab dah bayar 22 genih tuk tiket putih tu.Kalau ada polis yang jaga kat situ pun,dia memang akan suruh tumpang sapa-sapa sebab tiket tu rosak.


Maka berlepas la ke kuliah dengan hati yang sedikit luka (T-T).Alhamdulillah kuliah berjalan dengan sangat lancar.Dr yang ajar pun best.Sekarang dok tengah murajaah mana-mana part yang penting tuk masuk exam.Kawan arab pun rajin je dok terangkan pasal skulls yang ada atas meja.wa.. banyak ilmu baru dapat.. ~happy mode~


Hari ni murajaah 2 jam je,habis je kelas terus berangkat ke rumah kak bal.Kak Bal ni senior kat maahad dulu,sekarang dah mengandung dah.(terasa dah dua dah diri ini).Hari jugak dapat satu note book baru,hadiah dari seseorang (^-').Happy mode lagi~.Mungkin bunyi nye biasa,tapi kegembiraan ni besar sangat.hehe.Sebab buku ni dipenuh dengan kata-kata.Dan datang dari orang yang teristimewa,sure nilai nye sangat istimewa.


On the way nak balik,naik metro lagi.Kalau ikutkan badan yang penat ni,rasa nak naik teksi je(tapi duit takde..hehe).Sampai je kat bawah tangga metro,metro tu dah sampai,,lari-lari skit sambil tawakal banyak-banyak ,sempat jugak naik metro tu (Alhamdulillah).Orang tak terlalu ramai macam biasa.yang berdiri cuma 5 ke 6 orang.Selepas satu stesyen,tiba-tiba ada seorang budak perempuan panggil-panggil suruh pergi ke arah dia,nak suruh duduk.Selalu nye,stesen yang selepas ni adalah stesen yang paling ramai orang turun dan kebiasaannye,ramai yang akan turun,dan yang berdiri akan dapat duduk.Bila budak perempuan tu bangun,terus je la saya duduk.Tiba-tiba baru perasaan yang budak perempuan tadi letak beg yang dia pegang kat atas.


Timbul la perasaan pelik.Kalau dia nak turun,kenapa nak letak beg kat atas.Dengan tak sedap hati,saya pun bertanya.."anti nazlah ligai?"-awak nak turun ke?-.Rupa-rupanya dia tak turun situ.huhu.~terharu mode~Terus saya ambil keputusan tuk bangun balik(baik jugak ye saya ni..hehe).Tapi dengan menggunakan kedua-dua tangan nye,dia tahan saya dari bangun.Dipaksanya saya duduk.Akhirnye saya mengalah dan terus duduk.


Tak lama lepas tu,budak perempuan yang duduk sebelah saya ni bertanya kat dia.Awal turun mana?"Hadaek Helwan"huh?telinga ini menangkap jawapan yang diberi.Tempat tu jauhnye dua kali ganda dari sayeda Zainab .Hati ni tekad dah nak bangun,nak bagi dia duduk,tapi tuk kali kedua nya,dia paksa saya duduk balik.huhu akur dengan kekuatan tolakan tu dan keikhlasan hati dia,saya ambil keputusan tuk duduk balik.Bila dah nak sampai stesyen sayeda,cepat-cepat saya bangun tuk nak bagi dia duduk.(segan nak duduk lama-lama dan sedap-sedap ,sedangkan dia berdiri ,berpenat-penat).



Dalam hati ni,rasa terharu jugak la.Sebab jarang sangat orang arab yang sanggup bagi kita duduk.Selalu nye rampas tempat duduk kita adalah.Apapun,dalam kalangan orang mesir ni,bukan suma kasar-kasar dan suka ambil tempat duduk orang,tapi ramai je yang baik hati (huhu..kesedaran baru pada hari ini)