Sunday, November 15, 2009

Bumi Sham




bersama makcik pusing-pusing Jami Umawi Damsyiq



orang ramai mengunggu jenazah sheikh mahyuddin



kubah putih,tempat yang dipercayai turunnya nabi isa a.s pada akhir zaman nanti..

Sesungguhnya daku merindui tempat itu,
Tempat yang pernah menyaksikan pemerintahan kerajaan Umawiyyah
Tempat yang pernah Umar Abdul Aziz jejak.
Tempat sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w
Tempat belajarnye imam Nawawi,
Tempat hidupnya para qurra'
Tempat suburnye al-quran
Bumi Sham..
moga ketemu lagi


Thursday, November 5, 2009

kerana niat



Tadi saya naik teksi dari satu tempat untuk balik ke rumah.Terpaksa ambil teksi sebab nak kejar masa dan barang yang nak dibawa pun agak banyak.Plan nye nak mintak 15 genih dari sabi untuk ke sayyeda.Sebenarnye agak susah nak dapat harga tu.tapi try la jugak.teksi pertama dan kedua memang tak nak bagi chance langsung.memang tanak turunkan harga dari 20 ke 15.


Tunggu punya tunggu.last2 dapat jugak teksi yang nak kurangkan skit.Dapat 17 genih.so,,kitaorang pun naik.Masa dah nak sampai sayyeda,tiba-tiba ada makcik tahan teksi yang kitaorang naik tu.


Sebelum saya sampai ke destinasi,makcik tu pun turun.Dia bagi 3 genih.bila kira balik,amount yang driver tu dapat dari mula-mula ambil saya sampai la saya tiba ke destinasi,sama dengan amount yang dia dan kedua-dua driver yang sebelum tu mintak iaitu 20 genih.Terasa seolah-olah macam Allah gantikan balik duit yang dia mintak tadi


Sebelum ni pun saya pernah mengalami kes yang sama.Dan pakcik teksi yang sebelum ni cakap."tengok..aku dapat duit sama banyak yang aku mintak dengan kau awal-awal tadi".


Adakah Allah menggantikan balik duit yang sepatutnye driver tu dapat sebab dia niat nak tolong ibnu sabil?ataupun ini hanya benda yang simple dan kebetulan ,tapi saya yang menjadikan nye kompleks?


Tapi saya percaya mesir ini adalah bumi magic dan niat semua orang adalah berbeza.Anda yang niat nak ambil untung semata-mata,ada yang niat memang nak tolong kita,ada yang suka menipu dan macam-macam lagi .Kalau kita niat nak tolong orang,pasti Allah akan tolong kita balik dan kita takkan rugi dunia dan akhirat..walaupun hanya pada benda yang kecil..ok..making little changes..jom!!