Tuesday, April 28, 2009

ziarah minggu ini

salam.


Pagi tadi masa tengah lepak-lepak kat kuliah,tiba-tiba mata saya ternampak seorang wanita melayu diseberang jalan sana.Nampak keletihan membibit beberapa plastik makanan.Lantas saya mencampai telefon bibit dan terus mendail nombor yang kesekian lama tersimpan didalam hp.


Mata masih memerhati kearah batang tubuh yang sama sejak tadi."angkat la..angkat la.."saya bermonolog.Tiba-tiba wanita tadi dalam keadaan kelam kabut meletakkan plastik-plastik makanan yang dipegangnye tadi dan mula mencari sesuatu didalam beg sandang Jansport nye.ehe.."salam. pah!haa..ada apa?"suara kak asma sayup-sayup dihujung corong telepon.


Rupanya-rupanya k.asma tengah tahan tramco nak balik hayyu sabi.Petang nanti kak asma ada kelas lagi.Plastik yang banyak tu rupanya ikan yang kak asma beli untuk dimasak tengah hari tu.Antara gap tu kak asma nak balik masak.yang best nye kak asma ajak balik rumah dia dan petang nanti boleh turun datang kuliah sama-sama.So,,bermula la perjalanan hari ini ke rumah madam Asma dan suami.(O_0)


Datang rumah kak asma ingat nak tolong masak,tapi sempat tolong potongkan zabanih je.Yang lain suma kak sema dan suami yang buat.huhu.(malu betul)(T_T).Kak asma masak sambal ikan dengan sayur zabanih.Sedapppp sangat!(tq kak asma)maklumlah tangan madam.Masak simple2 je,tapi rasa dia memang powerr!
Sambal best..


Lepas makan tu,rehat-rehat kejap,pastu kami turun balik menuju ke kuliah..Tapi sebelum tu sempat lagi minum petang.Kopi family kak asma.best jugak!


Apa kesimpulan yang dapat?kesimpulan nya,kalau nak pandai masak,kenalah kawin dulu.hehe~

Sunday, April 26, 2009

kisah simpati

salam

Hari ini nak share cerita tentang apa berlaku di sekeliling saya.Apa yang saya dengar dan apa yang saya lihat.
Sekarang saya berada dalam round Ophthal.Bagi saya subjek kali ini adalah antara yang paling best diantara lain-lain subjek bagi tahun empat.Salah satu round yang beberapa kali dah saya boleh tegok patient secara live dan boleh periksa patient tu sendiri.

Hari pertama agak jakun la jugak sebab first time tengok patient yang ada masalah dengan mata ditambah pulak dengan saya tidak membawa torch sendiri.Dr pun siap dah bagi warning kat sapa-sapa yang tak bawak torch lain kali akan dihalang daripada memasuki kelas dan langsung tak leh tengok cases.(menakutkan jugak ugutan ni)(T_T)

Pada hari kedua,saya bawa torch sendiri.Tapi bukan kepunyaan sendiri.Dipinjam secara percuma dari kak Zawil(TQ akak!)pada asalnye kak zawil segan nak bagi pinjam sebab torch tu dah lama dan lampu dia agak malap.Tapi pujuk punya pujuk,last2 dapat jugak.(O_0)

Kali ini ada 3 orang patient.Seorang makcik yang dah berumur dalam lingkungan 60 an dan mempunyai masalah immature senile cataract.Pesakit kedua dan ketiga yang seterusnya adalah lelaki.Seorang tu mempunyai masalah posterior polar cataract dan yang last sekali tu paling menarik.Patient ke 3 ni pakai lens yang ditanam didalam mata.Untuk memastikan lens itu senang dilihat,pemeriksa perlu memeriksa mata dari arah tepi dan bukan dari arah depan seperti pesakit lain.

Masa tengah periksa patient pertama dan kedua,saya takde lah terlalu excited untuk nak tengok mata yang bermasalah itu secara personal.Hanya melihat secara berkumpulan seramai 5 orang serentak.Bila tiba case yang terakhir,saya memberanikan diri untuk memeriksa sendiri pesakit ni.Selepas mintak izin,saya pun memeriksa dengan berhati-hati dan penuh curious..hoho. Ternyata memeriksa dengan menggunakan torch sendiri membuahkan hasil yang agak best!Selesai je saya tengok patient tu,tiba-tiba dia tegur saya."Cahaya torch awak tak kuat"-setelah di translate.aduss..sempat lagi dia bandingkan torch pinjaman saya itu dengan orang lain.huhu..

Jika diteliti,ramai pesakit yang datang ke hospital ini adalah orang yang boleh dikatakan kurang berkemampuan.Maklumlah,hospital kerajaan pastilah menjadi tempat pilihan sebab murah.Sayu juga hati bila melihatkan pesakit-pesakit tu.Besarnye nikmat yang saya rasai selama hidup di muka bumi ini.(ameen~)

Selepas tamat round pada jam 12 setengah,saya terpaksa menunggu untuk kelas yang seterusnya pada pukul 3.Disebabkan malas nak tunggu sorang-sorang kat kuliah,saya ambil keputusan untuk menumpang kat rumah kak zawil.Kunci dah ada kat kat tangan.So,,ambil la kesempatan ni.ehe

Kenderaan yang terpilih untuk pergi rumah kak zawil adalah tramco.Bayaran yang pakcik tramco mintak tak tentu sangat.Kadang-kadang dapat je 75 qirsh atau 1 Genih.Bila dah nak hampir sampai dengan destinasi yang dituju,tiba-tiba tramco yang saya naik tu mati enjin kat tengah-tengah jalan.aduss..camne ni?Nasib baik la rumah kak Zawil dah dekat dengan tempat tarmco tu berhenti,dan saya ambil keputusan untuk turun dan jalan kaki.Sebelum sempat saya turun,tiba2 terdengar satu bunyi yang kuat dari arah belakang Tramco dan serentak dengan itu,tramco yang saya naiki tu,bergegar.Rupa-rupanya tramco ini telah dilanggar oleh kereta belakang yang cuba untuk nak cross tramco yang kematian enjin ni.

Lantas semua orang keluar dari tramco.Pakcik tramco pun keluar marah2.Satu habit yang boleh dipuji kat Mesir ni,bila ada kereta yang berlanggar,mereka akan keluar gaduh2 sampai nak keluar anak tekak.Tapi lepas tu mereka akan berbaik semula tanpa ada yang meminta ganti rugi.Pakcik tramco tu hanya marah-marah je then lepas tu sejuk balik.Orang yang melanggar pun tak bayar sesen pun kat pakcik tu.

Bila semua orang dah turun,pakcik tu bagi balik tambang kepada semua orang.Kesin betul kat pakcik tu.Mula-mula tramco rosak,pastu kena langgar dan akhir sekali dia terpaksa keluarkan duit untuk bagi balik tambang kepada semua orang.huhu..simpati mode~

Kesimpulan yang boleh di ambil,sebenarnye Allah tak pernah berhenti menguji hamba dia.Ujian ini bukan lah tanda kebecian,tetapi tanda Allah sayang pada kita.Kita bukanlah orang yang paling teruk ujian nye jika nak dibandingkan dengan orang lain.JOM sama-sama menjadi hamba yang bersyukur diatas nikmat yang tak terhingga ini.




Torch baru..ehe

Friday, April 24, 2009

Alhamdulillah

salam,

Alhamdulillah kalimah pertama saya ukirkan di awal penulisan pada kali ini.Seakan ketenangan memenuhi dada disaat melafazkan kata agung itu-ameen~ \(^_')/.Segala resah yang menyesakkan jiwa terasa terbang seketika.

Kali ini sekadar ingin berkongsi tentang pengalaman di musim sejuk lepas.Dengan izin Allah saya sampai ke tempat yang diidamkan ramai.Secara jujur,saya tidak pernah plan untuk keluar dari Mesir pada cuti lepas.Tambahan pulak saya kurang gemar untuk bermusafir jauh dari rumah(erkk..betul ke?):P

Disaat akhir,tiba-tiba terpikir untuk keluar dari Mesir.Wajah dan nama pertama yang keluar di bayangan mata adalah nama dan wajah ayu si MAR.(Sebab MAr ni kaki jalan.hehe).

Selepas segala urusan dibuat,akhirnye kami berjaya terbang ke Turkey pada awal Februari lepas.Perjalanan dari cairo ke Istanbul memakan masa selama 2 jam dan yang menariknya,tiada perbezaan dari segi masa di kedua-dua tempat.



masa nak check in..lizz tengah wat urusan


Sarapan pagi pertama di istanbul..

Perjalanan dari airport ke hotel takde la lama sangat.Lebih kurang dalam 20 minit kami dah Add Imagesampai di Grand Tahir Hotel.Hotel ni dekat je dengan Grand Bazar.Antara tempat tumpuan pelancong untuk nak shopping(^_').Sepanjang perjalanan nak sampai kat hotel,banyak masjid di sepanjang jalan dan rekaan serta warna masjid di Turkey ni hampir sama menyebabkan susah tuk nak bezakan antara masjid-masjid ni.

Malam pertama di Turkey memang menyeronokan.(^_^).Keluar dari Mesir yang berdebu dan sampai di sebuah negara yang pernah menyaksikan keagungan sebuah khilafah.Terasa nikmat yang dihadiahkan Allah untuk sampai ke Turkey.Tambahan pulak dalam hotel tu memang disediakan heater yang melekat kat dinding.Heater yang tak mengeringkan kulit macam heater murah kat Mesir.huhu

Sampai je kat hotel,kami makan lagi.hehe.(Memang kuat makan)Makanan malam yang disediakan memang best dan kami makan dengan penuh selera(burrpp..)

bersambung..


Tuesday, April 21, 2009

ulama sepanjang jalan.



salam.

Antara kelebihan Mesir yang memang lebih dari tanah tumpah darahku adalah ulama.Kat sini ramai ulama yang mu'tabar diseluruh dunia berada di bumi Mesir .

Alhamdulillah sepanjang di Mesir saya berpeluang untuk bertemu dengan beberapa orang ulama.Kali pertamanye semasa di tahun satu.Masa tu kat masjid al-Azhar.

Pertama kali saya melihat Sheikh Tantawi kat depan mata.Sebenarnye saya tak kenal pun sheikh tu(buta ulama betul.huhu),tapi orang ramai duk sebut2 nama dia masa dia nak masuk tengok masjid azhar dengan diescort oleh beberapa orang pegawai.Bila balik dan tanya-tanya orang rupa2nya beliau adalah sheikh azhar.

Masa tahun tiga,kali pertama saya berjumpa dengan Sheikh Wahbah Az-Zuhaili.Ni masa kat ma'rad kitab.Dalam hati sebenarnye teringin sangat nak pegi jumpa sheikh depan-depan ataupun ambil gambar.Bila tengok-tengok,suma yang ambil gambar dengan sheikh adalah laki dan yang pergi dekat pun hanya kaum lelaki,niat dihati ini terpaksa dibatalkan.Masa ni tak leh nak ambil gambar sebab hp dah kembali syahid untuk kesekian kalinya.

Di akhir tahun 3 saya berpeluang untuk jumpa sheikh Yusuf Al-Qardhawi untuk kali pertama.Tapi masa ni tengok dari jauh je.Nampak sheikh gitu-gitu je.Takde zoukk sangat orang kata(T_T).

Di pertengahan tahun empat,diizinkan Allah untuk bertemu sheikh Yusuf buat kali kedua.Yang bestnya,kali ni sheikh berada hanya 2-3 meter dihadapan mata.Best sangat bila jumpa sheikh.Boleh nampak ketenangan yang memang diimpikan oleh semua orang pada diri sheikh.

Ulama adalah pewaris nabi.Kata orang,kalau kita tak mampu nak jadi ulama,sekurang-kurangnye,biarlah ada usaha ke arah mendekati ulama dan berazam untuk menjadi hamba yang terbaik sebagai ganti. Ameen~

Saturday, April 18, 2009

mengidam fathiroh

salam.

Hampir 4 tahun mulut tak menjamah roti canai malaysia.Hari tu balik Malaysia tak sampai sebulan tak sempat nak makan roti canai sebab kedai roti canai feberet tu dah tutup.Pelik jugak camne boleh tutup.Sebab setiap kali pegi,sure kena tunggu lama-lama disebabkan pelanggan yang terlampau ramai.Andaian yang saya buat sebab tuan dia balik kampung.Orang cakap ramai yang bukak warung atau kedai makan yang kecil kawasan kota bharu tu ramai orang siam muslim yang tinggal di sempadan (betol ke fakta ni?)

Antara jenis kuah yang disediakan untuk dipilih adalah kuah kari,kuah dal,kuah ikan bilis.Suma nye best bagi penggemar roti canai cam saya dan pilihan yang teratas adalah kuah ikan bilis.Kuah nye macam sambal,tapi lagi banyak kandungan airnye dan lagi manis(sinonim dengan kelantan)

Kalau kat sini adik beradik roti canai adalah fathiroh.Dijual dimana-mana kedai roti kat mesir ni.Kalau mula-mula sampai dulu,boleh dapat dengan harga 50 qirsh (35 sen) bagi yang bersize kecil dan 1 genih (70 sen) bagi yang besar.Tapi itu cerita lam.Sekarang harga dah naik.Yang kecil dengan harga 50 qirsh dah tak wujud.Fathiroh yang berharga 1 genih pun dah menegecil menjadi size fathiroh yang berharga 50 qirsh dulu.

Kat sini fathiroh tu saya makan dengan keju.Samada keju yang sapu ataupun keju yang sedikit pejal.Kalau rajin sikit,boleh makan dengan sardin.Dari segi kelembutan,fathiroh sini kalah dengan roti canai orang yang pro kat Malaysia.(mungkin jugak sebab orang melayu lagi lembut dari arab,so makanan pun lagi lembut)

Minggu ni sungguh-sungguh mengidam fathiroh.Kali pertama dan kedua saya pergi ke kedai,fathiroh dah habis.Untuk kali ketiga saya pegi,nasib sangat menyebelahi saya.Fathiroh tu ada 6 keping dan saya mitak dengan pakcik tu nak beli 6.Beli 3 untuk rumah cik timb presiden dan 3 untuk rumah saya.Sambil pakcik tu taruk dalam plastik,saya buka beg nak cari duit.Carik punya carik,rupanya saya tak bawak satu sen pun duit.hu..dengan muka separuh tebal saya bagitau pakcik tu yang saya tak bawak duit.

Sangkaan saya pakcik tu akan marah,tapi pakcik tu cool je.Dia cakap takpe (ha,, suu zonn lagi dengan orang arab).Janji saya,akan datang lagi lepas ni(dengan harapan yang dia akan simpan fathiroh tu).Lepas habis meeting kat rumah miss vice pres,saya bertolak balik dengan 2 orang mushrif.Untuk kesekian kalinya saya terpaksa menebalkan muka untuk mitak mushrif tu temankan ke kedai roti sebelum balik rumah.

Kecewanye saya bila fathiroh tu dah dijual dengan jayanya oleh pakcik tu.sedih mode~
Pakcik tu cakap,dia tunggu je awal2,tapi bila saya tak datang2,dia jual la kat orang lain sebab dia sangkakan saya dah tak datang.

Kali ke-4 pun fathiroh tu dah habis.Tapi untuk kali ke-5 nye saya berjaya beli fathiroh kat kedai yang sama.Tapi sebelum taruk fathiroh dalam plastik,pakcik tu tanya, "awak bawak duit tak?"huhu..rupanya pakcik tu masih ingat kepada muka yang pernah nak beli fathiroh tanpa bawak duit.

Akhirnye saya berjaya makan fathiroh setelah berkali-kali frust dengan pakcik kedai fathiroh tu.Terasa nikmat fathiroh tu setelah berpenat untuk mendapatkan sekeping fathiroh.

Hikmah yang boleh dikaitkan kat sini adalah tentang nikmat selepas susah dan usaha.Sebenarnye nikmat atau sesuatu yang kita harapkan itu akan lebih terasa bila usaha yang dicurahkan seberat batu.Samalah kat sini dengan exam.Makin banyak usaha yang dicurah,makin tinggi nikmat keputusan yang kita dapat.Orang yang dapat result tinggi dengan meniru,takkan merasai nikmat keputusan itu semanis orang yang mendapat jayyid dengan usaha sendiri. (^_~)

Selamat bermujahadah untuk adik-adik dan sehabat seMesir yang akan menduduki peperiksaan.Setiap apa yang kita usahakan akan diganjarkan dengan sesuatu yang lebih besar oleh Maha Pencipta..yakin lah dengan tuhan mu..

Tuesday, April 14, 2009

hadiah

salam.

Lebih seminggu blog ni tak terupdate.Sesungguhnya saya kekeringan idea.Mungkin juga rendah keinginan untuk nak menulis.Malam ini berminat nak share satu amal islam yang jarang kita pandang sebagai satu amal yang besar (^_~)


sabda rasulullah s.a.w yang bermaksud :

{ saling memberi hadiah diantara kamu nescaya kamu akan berkasih sayang }

..hadiah dari sahabat..

Islam juga menggariskan beberapa adab dalam memberi hadiah(kan syumul islam ni)

1)Kita kenalah ikhlas dalam memberi

2) Jangan dok ungkit hadiah yang kita dah bagi tu,seelok-eloknye biarlah kita lupakan terus kebaikan yang kita buat tu.


3)Memberikan barang yang terbaik dan yang paling kita sayang.Setinggi-tinggi ukhuwwah itu adalah itharr~

sama-sama kita memenuhkan hati ini dengan kasih sayang sesama sahabat (bagi yang jauh dari family terutamanya) dengan memberi ! \(^_^)/

Thursday, April 2, 2009

makan-makan

salam sakinah.

Bismillah sebagai pembuka bicara untuk penulisan kali ini.Alhamdulillah diizinkan Allah untuk menulis bagi kesekian kalinya.Sekarang ni tengah semangat nak menulis (^_~).Asyik dok pikir apa yang nak tulis untuk entry yang seterusnye.Ada cadangan tak? ('_')

Kali ni saya nak share dengan semua satu resipi baru.My lovely housemate yang ajarkan(kredit tuk nik!).Resepi ni tak lah leceh sangat,sangat simple,mudah dan yang paling penting,,sangat sedap! (angkat bakul sendiri ke?hehe)

Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah.

1)Sebiji bawang besar (kalau kat mesir,bawang besar ni rupa dia sama cam bawang merah)
2)Satu paket cooking cream (saya guna yang juhainah satu LE 6.75 )
3)Setengah kilo susu segar
4)Daging ayam yang dipotong dadu
5)Satu tin cendawan
6)Tepung jagung
7)Garam penyedap rasa ~
8)Spaghetti

-First step,kita tumis dulu bawang yang dihiris sampai kekuningan.Pastu,bila bawang tu nampak macam dah masak sikit,masukan ayam dan tunggu sampai ayam tu masak.Lepas tu masukan cooking cream,then kacau.

-Lepas taruk cream,masukan setengah kilo susu tu dan kacau lagi.




-Lastly,tarukan cendawan kesemuanya (air cendawan tu,tak payah taruk)

-Kalau nak bagi pekat,masukan tepung jagung(bajet-bajet sendiri ye tuk kepekatan dia)

-Sebelum angkat,jangan lupa taruk garam.

-Sedia untuk dihidangkan bersama spaghetti ..

senang dan mudah,tapi agak bercholesterol (sekali-sekala takpe la..)
o.k..selamat mencuba ye!


inilah rupanya~

Selamat memasak sambil beribadah (^_^)

Wednesday, April 1, 2009

imtihan

salam sakinah,

Hari ni dah 1 April dan bermakna dah lepas la satu round lagi dalam tahun empat ni.Tinggal satu round je lagi,iaitu romad(ophthalmology).Satu exam telah berlalu pergi dengan selamatnye ~bye bye.


Alhamdulillah exam hari ini agak o.k(walaupun ada jugak soalan yang ragu-ragu nak jawab (T_T) ) .Tunggu kat depan pintu masuk tu pukul 9.30.Nak kena melepasi pakcik yang bagi kertas jawapan.Sepatutnye nak kena tunjuk kernih(pass masuk),tapi disebabkan kernih yang berkenaan hilang bersama-sama dengan bekas duit ari tu,maka saya pergi berlenggag-lenggang tanpa kernih.(selamba je makcik ni..huhu).Mula-mula cuak jugak sebab semua orang dah keluarkan kernih,bila sampai je depan pakcik tu,cepat-cepat tanda tangan kertas nama,pastu pergi je..huhu , selamat mode~(nasib baik pakcik tu tak jerit panggil nama sebab tak tunjuk kernih )

Exam kali ni ada dua bahagian,bahagian pertama jawab soalan yang berdasarkan slide show.Soalan suma ada 10,tambah dengan satu death certificate yang perlu diisi berdasarkan case yang dr bagi.Ada la jugak soalan yang terkantoi kat sini.huhu..frust mode~.Lepas habis bahagian pertama,kita orang kena tunggu pulak tuk bahagian dua.


Bahagian dua ni ada 8 stations dan station yang last sekali kena buat praktikal.Praktikal tu pulak samada kena buat CPR atau ETT(endotracheal intubation).Ditakdirkan pulak section yang saya masuk ni,kena buat ETT.Sebenarnye,kitaorang dibekalkan cheklist untuk buat ETT ni.Disebabkan semalam dah berpenat-penat hafal dia punya step,saya pun dengan excitednye menerangakn kepada dr.mula-mula begini..bla bla..Tiba-tiba dr tu cakap "slow skit,suara awak tu,tak payah cakap takpe,tunjuk je.."(selepas si terjemahkan dari arab ammi).huhu..malunye.(kadang-kadang overexcited ni susah jugak)..





localized depressed fracture..


Lepas habis exam,terus ambil keputusan nak balik rumah,kat tengah jalan-jalan tu,tiba-tiba ternampak satu kejadian yang bukan selalu berlaku kat kuliah.Ada orang kecoh-kecoh kat tengah jalan.orang yang gaduh pun ramai,yang tengok kat tepi pun ramai.apa ye?curious mode~


Disebabkan ramai orang yang ada kat situ,saya tak leh nak agak apa yang terjadi.Tiba-tiba ternampak seorang kawan arab.Tanya dia,apa yang dah jadi..dia cakap"just a fighting".Pastu yang sorang lagi tambah "silly".huh?apa ye?


Sampai dekat je dengan tempat tu,tiba-tiba terdengar orang yang ada mushkilah dengan security tu cakap arab fusahah.Sah!! ni kes pakcik jaga kacau budak-budak ikhwan muslimin punya pameran.huuhu..(ya ammu,,takde keje lain ke?asyik kacau orang nak buat baik je!)





curi-curi tangkap gambar..

Kesian tengok diaorang,penat-penat je pasang tempat pameran tu.pakcik guard dah suruh bubar,pelik betul kalau nak pikir-pikir balik.Kalau ada persatuan student lain yang buat pameran,tak pernah lagi guard tu nak buat kacau.Bunyi je IM nak buat pameran,terus je dia marah-marah.Mula-mula nampak teruk jugak diaorang jaduh,lepas tu jadi reda sikit.Shabab ikhwan tu mengalah,ada yang angkat balik buku-buku yang diaorang jual.huhu.sedih mode~





kemas..

sambil tu,ada jugak fatayat yang duduk tepi,diaorang pun tak kuasa nak layan pakcik tu.Kesian betul kat diaorang



Melihat dan menunggu?

Lepas lama kejap,yang gaduh-gaduh tadi pun lega,saya pun mengambil keputusan untuk meneruskan perjalan ke rumah.(^_~).On the way nak keluar dari pagar kuliah,tiba-tiba nampak 3 orang budak laki palestine (satu group dengan saya)baru keluar dari cafe kuliah.Apa yang menarik perhatian adalah kat tangan setiap dioarang ada setin PEPSI.hu..kecewa mode~kadang-kadang terfikir jugak,diaorang tak tahu ke yang pepsi tu israel punya?israel yang serang tanah air diaorang.pelik !

Kalau nak tengok kat sini,ada 3 jenis orang yang nyata untuk diperhatikan,

golongan pertama: shabab ikhwan tadi yang semangat untuk mempertahankan pameran yang diaorang buat tentang palestine.Pameran untuk bagi kesedaran kepada orang lain,bahawa Palestine ini perlu dipertahankan dalam apa jua keadaan.Moga Allah mengurniakan jannah tuk diaorang. ameen~

golongan kedua : shabab palestine dan orang-orang yang sekeliling,diaorang just tengok tepi dan tak kisah.Mungkin ada yang simpati dan mungkin ada yang cakap padan muka!

golongan ketiga : Orang yang bertanggung jawab yang suruh security kacau shabab ikhwan tu.Golongan ni pulak,yang menentang orang nak buat baik..

Kita pula bagaimana?