Thursday, May 14, 2009

kasih ibu membawa ke syurga

salam.

Upadate kali ini ingin saya kongsikan tentang pengalaman saya sepanjang tinggal di sayeda zainab.Apa yang spesel sangat ni tentang sayeda?ehe..yang spesel nye bukan sayeda yang dipenuni dengan debu itu,tetapi yang spesel nye sebab stesen sayeda yang menghubungkan saya dengan stesyen damardesh adalah metro terdekat bagi pelajar kuliah perubatan cairo universiti atau lebih glemer dengan panggilan qasr aini.

Maksudnye,setiap hari saya akan menyaksikan berbagai-bagai ragam pesakit samada di stesen sayeda mahupun stesen damardesh.Tambahan pula hospital Damardesh dan hospital Qasr Aini boleh dikatakan antara hospital terbesar di Mesir umumnya dan di Cairo khususnya.

Antara benda yang amat saya amati sepanjang pemerhatian saya,ramai pesakit-pesakit yang datang ke 2 hospital ini adalah golongan yang sederhana ataupun yang kurang berada.Almaklumlah hospital kerajaan.

Dari sekecil-kecil kes demam atau selsema sehingga sebesar-besar kes memakai kerusi roda dan pesakit yang menggunakan catheter dan terpaksa memegang beg yang berisi urine,kesemuanya pernah saya ketemu didalam metro.(T_T)

Setiap pesakit yang agak uzur selalunya akan ditemani oleh ahli keluarga dan ahli keluarga yang selalu saya perhatikan adalah golongan ibu-ibu(^_^).Setakan penghayatan saya selama ini,saya tidak pernah menjumpai pesakit yang ditemani oleh kaum-kaum bapa (pasti nya ada,tapi tidak pernah saya ketemu)mungkin juga golongan bapa sibuk mencari rezeki,jadi tugasan membawa ahli ke hospital diserahkan kepada ibu.Biarpun keadaan sang anak cukup berat untuk dipukul dengan hanya berbekalkan kudrat seorang wanita.

Bila difikirkan balik,besarnye pengorbanan seorang ibu itu tanpa kita sedari atau tidak.Dari awal mengandung,menjaga,menyusu dan membesarkan kita.Sesungguhnya kasih ibu itu membawa ke syurga..

Selamat hari ibu buat semua ibu-ibu terutama buat ibunda tersayang...\(^O^)/

makan kek



kek pertama

tajaan : chocoholic

tukang kek dan topping : pijot dan iqa (kredit tuk 2 org anak dara ni~)



kek kedua

tajaan : baitul wifaaq

kek dan topping :pakcik dan makcik kedai (^_')



kek ketiga

tajaan : adik-adik tersayang

kek dan topping : pembuat kek professional (0_o)



Tahun ni dapat 3 kek

dan 3 hadiah coklat(natrah,umi,raden)

mungkin sebab dah masuk 23

so,tahun depan mungkin dapat 4 (^_~)

terima kasih tak terhingga kepada semua penaja

tahun depan boleh bagi lagi (^_^)


Wednesday, May 6, 2009

kena tag

salam.

Buat pertama-tama kalinye saya kena tag.Sebelum ni tengok dan baca je orang-orang yang kena tag.Tapi yang specialnye tag ni datang dari sahabat tersayang.Mrs IZANI a.k.a Yah.Tambah special lagi sebabnye tag ni adalah kiriman hadiah hari lahir dari insan yang kejahuan nun disana.aduii..

Hadiahnye berbunyi~

1)Anda perlu printscreen wallpaper anda tengah guna skrg
2)Bagitau nape anda suka wallpaper tersebut
3)Tag org lain



Wallpaper ni dah lama sebenarnye,tak tukar-tukar pun.Saya copy wallpaper ni dari blog seorang senior kat mesir.Gambar-gambar tu semua adalah tokoh qurra' kat Syiria.Saja letak nak bagi semangat kat diri yang kurang mujahadah ni.Moga-moga ada manfaatnya :))

Bagi memenuhi arahan no -3 rangkain tag dan seterusnya memastikan kesinambungan hayat tag ni,saya ingin menyerahkan tugas seterusnya kepada junior tersayang yana!.ehe..akak bagi kerja nak bagi yana release skit time2 exam ni (^_~)

besday datang lagi

salam.

3 hari lepas bertambahlah lagi umur saya untuk kesekian kalinye.Lepas ni dah kena makin matang~aduii.Dah takleh buat perangai pelik-pelik dah :P

Apapun kat sini nak ucapkan terima kasih atas pemberi-pemberi hadiah dan insan2 yang prihatin yang wish besday.

insan 1st wish dr Malaysia ~ k.Fitri

insan 1st wish bila dah masuk pukul 12 malam bersamaan jam Malaysia ~jakster

insan 1st bagi adiah dan pelukan sayang ~yana comey..ehe

Tahun ni rasanye besday yang paling best dan meriah dari taun-taun sebelum nye.(makin tua makin dirai rupanya :P)

Hadiah yang diterima pun dah makin matang.haha.Dapat 2 beg ala-ala madam ~ lalala.Tudung belit yang sangat comei dari ahli beit tersayang (tq lyn \(^_^)/) dan satu lagi yang paling special adalah "pre-hantaran" yang jugak bersifat lady2 gitu.:)


pre-hantaran ..


beg madam 1 ..
beg madam 2..


Kepada semua akhawat,terima kasih tak terhingga atas segala-galanya.Segala kebaikan yang antunna hadiahkan,hanya Allah sebaik-baik pembalas.. (^_^)

Sunday, May 3, 2009

value

To realize the value of one year,
ask a student wo failed his or hes exams.
To realize the value of one month
ask a mother who gave birth to a premature baby.
To realize the value of one week,
ask an editor of a weekly magazine.
To realize the value of one day
ask a daily wage of labourer who has six kids to feed.
To realize the value of one hour,
ask the lovers who are waiting to meet.
To realize the value of one minute,
ask a person who missed their train.
To ralize the value of one second,
ask the person who survived the accident.
To realize the value of one milisecond,
ask the person who won a silver medal in the olympics.