Tuesday, March 24, 2009

masam manis kehidupan

salam sakinah,


Semangat sekali nak tulis post baru pada hari ni \(^-~)/.Almaklumlah blog baru(yang lama dah kene delete oleh diri sendiri T-T).Menulis untuk nak hilangkan penat badan dan kepala sekali gus.Tadi berdhuha-dhuha ke kuliah dengan senang hatinya.Bila teringat peristiwa kelmarin yang kena escort dengan seekor puppy..(aduhai..anjing pun minat kat aku)rasa cuak gak,tambah dendam skit2.huhu..


Dari rumah nak kena mahattoh metro sayeda zainab tak lah jauh sangat sebenarnye,dalam 3 ke 4 minit(kalau berlenggang-lenggang).Dhuha pada hari ini taklah bz sangat dengan orang-orang yang nak pegi kuliah.Sampai je kat depan mesin yang nak kena masukan tiket tu,saya pun kuarkanlah tiket putih kesayangan dari poket beg.Tiket ni sebenarnye baru je ditukar ganti semalam atas sebab tiket lama telah mengalami sedikit kerosakan yang menyebabkan dia dah takleh shaghol selepas tak sampai sebulan berkhidmat tu tuan dia yang tersayang ni.


Bila tiket baru tu disedut masuk ke dalam mesin,tiba-tiba mesin berbunyi.huh?kad ni rosak pulak ke?tolak punya tolak penghadang tu,tak jalan.huhu (T-T)..rupanya tiket ni dah rosak..

Sedihnya hati,hanya Allah yang tahu.Tiket yang rosak lama tu pun nak kena ambil masa lebih seminggu sampai boleh tukar(sebab kuliah selalu habis dalam kul 2@5. Dan tempat nak tukar tiket tu pulak hanya bukak dalam sekitar pukul 11 ke 2).Kalau nak tukar belah pagi sebelum pegi kuliah,jangan harap le.. sbb tuan punya blog ni memang kaki lambat(siap penah dpt gelaran ratu lambat lagi masa kat sekolah dulu)hu..


Dalam kesedihan yang tak habis-habis,terpaksa la menebalkan muka tuk tumpang mana-mana makcik yang nak lepas kut mesin tiket tu.(memang jadi tradisi kat sini sapa-sapa yang tak nak beli tiket tuk tumpang lalu bersama-sama orang yang ada tiket,semata-mata sebab tanak kuarkan seginih)Sebenarnye,nak lalu tu memang segan la skit,sebab nati orang akan ingat kita jenis yang tak beli tiket.Dah timbul fitnah pulak kat situ.Tapi kalau beli tiket lain, akan jadi membazir la pulak , sebab dah bayar 22 genih tuk tiket putih tu.Kalau ada polis yang jaga kat situ pun,dia memang akan suruh tumpang sapa-sapa sebab tiket tu rosak.


Maka berlepas la ke kuliah dengan hati yang sedikit luka (T-T).Alhamdulillah kuliah berjalan dengan sangat lancar.Dr yang ajar pun best.Sekarang dok tengah murajaah mana-mana part yang penting tuk masuk exam.Kawan arab pun rajin je dok terangkan pasal skulls yang ada atas meja.wa.. banyak ilmu baru dapat.. ~happy mode~


Hari ni murajaah 2 jam je,habis je kelas terus berangkat ke rumah kak bal.Kak Bal ni senior kat maahad dulu,sekarang dah mengandung dah.(terasa dah dua dah diri ini).Hari jugak dapat satu note book baru,hadiah dari seseorang (^-').Happy mode lagi~.Mungkin bunyi nye biasa,tapi kegembiraan ni besar sangat.hehe.Sebab buku ni dipenuh dengan kata-kata.Dan datang dari orang yang teristimewa,sure nilai nye sangat istimewa.


On the way nak balik,naik metro lagi.Kalau ikutkan badan yang penat ni,rasa nak naik teksi je(tapi duit takde..hehe).Sampai je kat bawah tangga metro,metro tu dah sampai,,lari-lari skit sambil tawakal banyak-banyak ,sempat jugak naik metro tu (Alhamdulillah).Orang tak terlalu ramai macam biasa.yang berdiri cuma 5 ke 6 orang.Selepas satu stesyen,tiba-tiba ada seorang budak perempuan panggil-panggil suruh pergi ke arah dia,nak suruh duduk.Selalu nye,stesen yang selepas ni adalah stesen yang paling ramai orang turun dan kebiasaannye,ramai yang akan turun,dan yang berdiri akan dapat duduk.Bila budak perempuan tu bangun,terus je la saya duduk.Tiba-tiba baru perasaan yang budak perempuan tadi letak beg yang dia pegang kat atas.


Timbul la perasaan pelik.Kalau dia nak turun,kenapa nak letak beg kat atas.Dengan tak sedap hati,saya pun bertanya.."anti nazlah ligai?"-awak nak turun ke?-.Rupa-rupanya dia tak turun situ.huhu.~terharu mode~Terus saya ambil keputusan tuk bangun balik(baik jugak ye saya ni..hehe).Tapi dengan menggunakan kedua-dua tangan nye,dia tahan saya dari bangun.Dipaksanya saya duduk.Akhirnye saya mengalah dan terus duduk.


Tak lama lepas tu,budak perempuan yang duduk sebelah saya ni bertanya kat dia.Awal turun mana?"Hadaek Helwan"huh?telinga ini menangkap jawapan yang diberi.Tempat tu jauhnye dua kali ganda dari sayeda Zainab .Hati ni tekad dah nak bangun,nak bagi dia duduk,tapi tuk kali kedua nya,dia paksa saya duduk balik.huhu akur dengan kekuatan tolakan tu dan keikhlasan hati dia,saya ambil keputusan tuk duduk balik.Bila dah nak sampai stesyen sayeda,cepat-cepat saya bangun tuk nak bagi dia duduk.(segan nak duduk lama-lama dan sedap-sedap ,sedangkan dia berdiri ,berpenat-penat).



Dalam hati ni,rasa terharu jugak la.Sebab jarang sangat orang arab yang sanggup bagi kita duduk.Selalu nye rampas tempat duduk kita adalah.Apapun,dalam kalangan orang mesir ni,bukan suma kasar-kasar dan suka ambil tempat duduk orang,tapi ramai je yang baik hati (huhu..kesedaran baru pada hari ini)


4 comments:

  1. best cite mu.rasa mu dekat je ng aku.huhu..
    tapi....siapakah special someone tu?isk...

    ReplyDelete
  2. nak tau gak sape org istimewa tu..hehe
    kkppah-comel laa..
    hehe

    kene ad org kg kkpph ni~!

    ReplyDelete
  3. yang special tu kakak dirasat kat sini.tapi mu lagi special tuk ku yah :P

    ReplyDelete
  4. Terharunye aku... T_T
    thank u pah.
    miss u!

    ReplyDelete