Thursday, May 14, 2009

kasih ibu membawa ke syurga

salam.

Upadate kali ini ingin saya kongsikan tentang pengalaman saya sepanjang tinggal di sayeda zainab.Apa yang spesel sangat ni tentang sayeda?ehe..yang spesel nye bukan sayeda yang dipenuni dengan debu itu,tetapi yang spesel nye sebab stesen sayeda yang menghubungkan saya dengan stesyen damardesh adalah metro terdekat bagi pelajar kuliah perubatan cairo universiti atau lebih glemer dengan panggilan qasr aini.

Maksudnye,setiap hari saya akan menyaksikan berbagai-bagai ragam pesakit samada di stesen sayeda mahupun stesen damardesh.Tambahan pula hospital Damardesh dan hospital Qasr Aini boleh dikatakan antara hospital terbesar di Mesir umumnya dan di Cairo khususnya.

Antara benda yang amat saya amati sepanjang pemerhatian saya,ramai pesakit-pesakit yang datang ke 2 hospital ini adalah golongan yang sederhana ataupun yang kurang berada.Almaklumlah hospital kerajaan.

Dari sekecil-kecil kes demam atau selsema sehingga sebesar-besar kes memakai kerusi roda dan pesakit yang menggunakan catheter dan terpaksa memegang beg yang berisi urine,kesemuanya pernah saya ketemu didalam metro.(T_T)

Setiap pesakit yang agak uzur selalunya akan ditemani oleh ahli keluarga dan ahli keluarga yang selalu saya perhatikan adalah golongan ibu-ibu(^_^).Setakan penghayatan saya selama ini,saya tidak pernah menjumpai pesakit yang ditemani oleh kaum-kaum bapa (pasti nya ada,tapi tidak pernah saya ketemu)mungkin juga golongan bapa sibuk mencari rezeki,jadi tugasan membawa ahli ke hospital diserahkan kepada ibu.Biarpun keadaan sang anak cukup berat untuk dipukul dengan hanya berbekalkan kudrat seorang wanita.

Bila difikirkan balik,besarnye pengorbanan seorang ibu itu tanpa kita sedari atau tidak.Dari awal mengandung,menjaga,menyusu dan membesarkan kita.Sesungguhnya kasih ibu itu membawa ke syurga..

Selamat hari ibu buat semua ibu-ibu terutama buat ibunda tersayang...\(^O^)/

No comments:

Post a Comment