Saturday, April 10, 2010

hari ini

     Hari ini result derma dah keluar. Result tak best macam kawan-kawan lain..sedih sangat.Macam-macam benda datang dalam fikiran ni.Bila fikir-fikir balik,mungkin banyak hak yang saya tak tertunai dan terlepas pandang.Ataupun dengan lebih tepat,rentak study untuk tahun ni masih kabur dan tak balance dengan benda-benda lain.

     Hari ini untuk kali yang ke berapa dah saya pegi syuun lagi,Doa sangat-sangat supaya file untuk adik-adik tahun satu bagi tahun ni dah sampai.Selagi mana file tak sampai ,selagi itu lah adik-adik baru tak dapat student number dan tak dibenarkan untuk bayar yuran dan sekaligus tak boleh masuk exam.Alhamdulillah makcik kak shuun layan baik ,tapi masalah yang sama still berlaku.file masih tak sampai ! (T_T)

     Makcik kat shuun cadangkan untuk pergi main campus untuk tanya pasal file tu.Bila dah sampai sana,rupa-rupanya fle masih tak sampai.Aduii..maknanya,nak kena pergi jenguk ke tempat ke tiga.idarah waafidin.Waktu dah pukul 1 lebih.Kalau pegi sekarang,konpem tak sempat nak buat apa-apa urusan sebab kebanyakan pejabat kerjaan kat mesir ni akan berhenti berkhidmat pada pukul 2 ptg,walaupun diorang mula masuk bekerja jam 10 pagi.

     Hari ini jugak pergi baiki jam kesayangan yang dah berumur 2 tahun.Besi penutup dihujung jam dah patah dan tertanggal.Sampai service center kat abbas,rupanya-rupanya diaorang tak ada spare part untuk jam ni.(mungkin dia ada spare-part tuk jam-jam yang mahal saje kot!)..sedey..

     Hari ini buku davidson's edisi 21st dah keluar.Berbaloi rasanya tunggu buku ni keluar.Harga dia dalam le180.Penantian yang hampir setengah tahun dah pun berakhir.. (^_^).Alhamdulillah..Hari ini jugak masuk round baru untuk neuro,harapnya,dapat perform lagi baik untuk round ni.AMeen~.


jam yang banyak berjasa(sob..sob..)


Buku neuro baru


Buku davidson's 21st edition (^_^).. yeye



     Hari ini ada benda yang best dan tak best berlaku.Ala kulli hal..semua benda yang tak kita tak suka tu,ada baik nye untuk kita dan mungkin juga kitalah penyebab benda tu ditimpakan ke atas diri kita sendiri..

Thank u Allah

-kerana syurga itu mahal-

No comments:

Post a Comment