Monday, June 7, 2010

Iklan daurah kitab Qodhoya Tibbiyah Mu3asirah


salam buat semua.

Ada sedikit iklan untuk mana-mana ikhwah atau akhawat yang akan berada di Mesir pada musim panas ini.

Insya Allah akan diadakan kelas fiqh tentang hukum hakam yang berkaitan dengan perubatan.Butiran lanjut adalah seperti berikut

Nama kitab : Qodhoya Tibbiya Mu3aasirah
Penulis kitab :
Masa : musim panas 2010
Tempat : Markaz Misry , Makram Ubaid , Madinat Nasr

Sesiapa yang ingin menyertai kelas ini,,boleh lah menghubingi mudirah kelas ini secara terus iaitu Ustzah Amirah 0199863986 atau 0222755332.

Moga usaha ini diberkatiNya.

Saturday, April 10, 2010

Inilah islam


 Kisah ini dialami oleh seorang muslim warga negara Jerman yang bernama YahyaSyuvskuh.  
Kisah ini bermula tatkala ia dan isterinya menumpang kendaraan umum
Waktu itu mereka berdua duduk di kursi.
Tidak lama kemudian seorang lelaki tua berkebangsaan Afrika naik
dan ternyata kerusi sudah penuh denganpenumpang,
sehingga bapak tua itu pun berdiri.
 Dengan cepat Yahya bangkit dan mempersilakan bapak tua itu untuk duduk.
Bapak tua ltu pun berterima kasih lalu duduk, namun tiba-tiba la menangis.
 Yahya terkejut dan bertanya tentang sebabnya,
tetapi tak menemukan hasil,
 kerana bapak tua itu berbicara dengan bahasa Inggris sedangkan Yahya tidak dapat berbahasa Inggris.
 Lalu ia mencari tahu dari para penumpang yang lain,
dan dari merekalah ia mengetahui bahawa bapak tua itu datang dari Afrika Selatan
dan baru pertama kali ini bapak tua itu melihat ada orang kulit putih yang mahu memberikan tempat.
Yahya menceritakan kisah ini seraya berkata,
 "Inilah Islam."
 

hari ini

     Hari ini result derma dah keluar. Result tak best macam kawan-kawan lain..sedih sangat.Macam-macam benda datang dalam fikiran ni.Bila fikir-fikir balik,mungkin banyak hak yang saya tak tertunai dan terlepas pandang.Ataupun dengan lebih tepat,rentak study untuk tahun ni masih kabur dan tak balance dengan benda-benda lain.

     Hari ini untuk kali yang ke berapa dah saya pegi syuun lagi,Doa sangat-sangat supaya file untuk adik-adik tahun satu bagi tahun ni dah sampai.Selagi mana file tak sampai ,selagi itu lah adik-adik baru tak dapat student number dan tak dibenarkan untuk bayar yuran dan sekaligus tak boleh masuk exam.Alhamdulillah makcik kak shuun layan baik ,tapi masalah yang sama still berlaku.file masih tak sampai ! (T_T)

     Makcik kat shuun cadangkan untuk pergi main campus untuk tanya pasal file tu.Bila dah sampai sana,rupa-rupanya fle masih tak sampai.Aduii..maknanya,nak kena pergi jenguk ke tempat ke tiga.idarah waafidin.Waktu dah pukul 1 lebih.Kalau pegi sekarang,konpem tak sempat nak buat apa-apa urusan sebab kebanyakan pejabat kerjaan kat mesir ni akan berhenti berkhidmat pada pukul 2 ptg,walaupun diorang mula masuk bekerja jam 10 pagi.

     Hari ini jugak pergi baiki jam kesayangan yang dah berumur 2 tahun.Besi penutup dihujung jam dah patah dan tertanggal.Sampai service center kat abbas,rupanya-rupanya diaorang tak ada spare part untuk jam ni.(mungkin dia ada spare-part tuk jam-jam yang mahal saje kot!)..sedey..

     Hari ini buku davidson's edisi 21st dah keluar.Berbaloi rasanya tunggu buku ni keluar.Harga dia dalam le180.Penantian yang hampir setengah tahun dah pun berakhir.. (^_^).Alhamdulillah..Hari ini jugak masuk round baru untuk neuro,harapnya,dapat perform lagi baik untuk round ni.AMeen~.


jam yang banyak berjasa(sob..sob..)


Buku neuro baru


Buku davidson's 21st edition (^_^).. yeye



     Hari ini ada benda yang best dan tak best berlaku.Ala kulli hal..semua benda yang tak kita tak suka tu,ada baik nye untuk kita dan mungkin juga kitalah penyebab benda tu ditimpakan ke atas diri kita sendiri..

Thank u Allah

-kerana syurga itu mahal-

Thursday, March 11, 2010

berkongsi bahagia

Salam buat semua.
Kali ni bukan untuk menulis dengan panjang dan bercerita sesuka hati.semalam terbaca satu artikel yang cukup menyenangkan hati.penulisnya jugak pelajar mesir.Baru terasa sebenarnye berblog ni kita boleh share something yang berfaedah tuk orang lain dan kita pun akan dapat sahamnya.kepada sahabat blogger yang lain,teruskan menulis dan hopefully saya akan sama-sama ter'induce' untuk beramal melalui blog.;-)

Friday, December 11, 2009

penghilang penat

Apabila kamu teringat akan seseorang,
maka banyakkanlah olehmu ISTIGHFAR.
Apabila kamu lupa tentang apa yang kamu pelajari,
banyakkanlah SELAWAT.
Apabila kamu mahukan wajah yang berseri dan sejuk mata memandang,
banyakkanlah solat DHUHA.
Apabila kamu mahukan kekuatan hati dan perlindungan,
banyakkanlah tahajud.
Tika wajah penat memikirkan dunia,
Maka berwudhu lah.
Tika tangan ini letih meggapai cita-cita,
Maka berdoalah.
Tika bahu tidak kuasa memikul amanah,
Maka ikhlaskanlah hati
Moga dirimu,dirahmatiNya..



Sunday, November 15, 2009

Bumi Sham




bersama makcik pusing-pusing Jami Umawi Damsyiq



orang ramai mengunggu jenazah sheikh mahyuddin



kubah putih,tempat yang dipercayai turunnya nabi isa a.s pada akhir zaman nanti..

Sesungguhnya daku merindui tempat itu,
Tempat yang pernah menyaksikan pemerintahan kerajaan Umawiyyah
Tempat yang pernah Umar Abdul Aziz jejak.
Tempat sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w
Tempat belajarnye imam Nawawi,
Tempat hidupnya para qurra'
Tempat suburnye al-quran
Bumi Sham..
moga ketemu lagi


Thursday, November 5, 2009

kerana niat



Tadi saya naik teksi dari satu tempat untuk balik ke rumah.Terpaksa ambil teksi sebab nak kejar masa dan barang yang nak dibawa pun agak banyak.Plan nye nak mintak 15 genih dari sabi untuk ke sayyeda.Sebenarnye agak susah nak dapat harga tu.tapi try la jugak.teksi pertama dan kedua memang tak nak bagi chance langsung.memang tanak turunkan harga dari 20 ke 15.


Tunggu punya tunggu.last2 dapat jugak teksi yang nak kurangkan skit.Dapat 17 genih.so,,kitaorang pun naik.Masa dah nak sampai sayyeda,tiba-tiba ada makcik tahan teksi yang kitaorang naik tu.


Sebelum saya sampai ke destinasi,makcik tu pun turun.Dia bagi 3 genih.bila kira balik,amount yang driver tu dapat dari mula-mula ambil saya sampai la saya tiba ke destinasi,sama dengan amount yang dia dan kedua-dua driver yang sebelum tu mintak iaitu 20 genih.Terasa seolah-olah macam Allah gantikan balik duit yang dia mintak tadi


Sebelum ni pun saya pernah mengalami kes yang sama.Dan pakcik teksi yang sebelum ni cakap."tengok..aku dapat duit sama banyak yang aku mintak dengan kau awal-awal tadi".


Adakah Allah menggantikan balik duit yang sepatutnye driver tu dapat sebab dia niat nak tolong ibnu sabil?ataupun ini hanya benda yang simple dan kebetulan ,tapi saya yang menjadikan nye kompleks?


Tapi saya percaya mesir ini adalah bumi magic dan niat semua orang adalah berbeza.Anda yang niat nak ambil untung semata-mata,ada yang niat memang nak tolong kita,ada yang suka menipu dan macam-macam lagi .Kalau kita niat nak tolong orang,pasti Allah akan tolong kita balik dan kita takkan rugi dunia dan akhirat..walaupun hanya pada benda yang kecil..ok..making little changes..jom!!