Sunday, September 20, 2009

accident

di suatu petang dan di saat insan -insan lain menunggu minit tuk berbuka puasa,
saya masih berada di dalam sebuah taxi.
dari arma menuju ke munirah,
tiba2 kedengaran azan...
cepat2 tangan ini mencari-cari sekotak air dan sebungkus roti yang baru dibeli
..tiba2 terasa begitu bermurah hati untuk nak bagi roti tu kepada pakcik taxi.
.."fadhal ya amm!!".. sambil tangan manggulur-hulur roti
pakcik tu menolak
(erm..arab ni memang selalu bermujamalah.nak kena tunjuk sunguh-sungguh skit baru dia nak ambil)
saya pun paksa lagi..
dan lagi..
dan pakcik tu menolak lagi
dalam dok gaduh2 tu..
tiba2..
bam!!!
bunyi kuat datang dari arah sebelah driver
gulp~
rupa2nya pakcik dah laggar pembahagi jalan!!!
waaaa..... so sorry pakcik

iktibar yang perlu diambil~
jangan gaduh ngn orang yang tengah bawak keta!

Monday, September 14, 2009

menyapu debu..


salam.


hampir 3 bulan tak menulis,

bulan lepas masa kat syria semangat menulis naik,

cerita yang nak dikongsi pun banyak.

tapi blogspot dan beberapa web lain kena banned,

banyak la idea2 tertangguh yang nak ditulis.

hari ni mula menulis lagi,

lepas cik yah tegur..

ok.

hari ni adik2 baru dibawah tajaan jpa akan sampai

bertambah la bilangan pelajar perubatan di bumi mesir tercinta ni.

ok.

masa untuk bergerak ke ARMA!


Monday, July 13, 2009

hari bersejarah kunun-nya

salam..
pada hari ini saya dengan tenang dan berbesar hatinya
ingin mengumumkan kepada kawan-kawan yang sentiasa
mengambil cakna tentang diri saya,
bahawasanya saya telah berjaya menamatkan exam taun empat pada hari ini!!
(Alhamdulillah sangat-sangat)
taun ni jugak dalam sejarah sebab masa exam oral,dr tak marah-marah
(lalalaaa~)
hebat bukan!! haha(taun sebelum ni selalu kena marah)sob sob
bukan bermakna saya berjaya menjawab soalan dengan jayanya,
tapi kebetulan dr tahun ni semua baik-baik
even jawab salah pun dia cakap.
good~ good~
nge nge..
sayang doctor
i luv my doctors

Wednesday, June 24, 2009

promote


salam

hampir sebulan blog ni tak berusik.takde idea,takde semangat,takde minat mungkin.ayoyo~ kata orang hal camni memang lumrah orang tulis blog.Ada naik turun.(erkk,,betul ke ni?)

kali ni nak promote satu citer yang best melampau.citer ni di adaptasi dari kisah sebenar di bumi belitong indonesia.memaparkan kisah bagaimana juhudnya seorang guru dan 10 orang murid mempertahankan sebuah sekolah dengan keadaan yang serba kekurangan.hoho..(gambate!)

ayat best dalam citer ni adalah -"jangan pernah menyerah,hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknye dan bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya" -pak harfan

muvi ni jugak telah ditontoni oleh presiden indonesia sendiri.Bu muslimah dalam cerita ni masih lagi berkhidmat sebagai seorang guru di pulau belitong dan sebenarnye,orang yang bersama-sama ibu mus mempertahankan sekolah SD muhammadiah adalah bapanya sendiri.

ayuhh.sama-sama ambil faedah.. duluan ya..bai bai

Friday, June 5, 2009

teringin yang mengidam

teringin nak pegi kenduri cik yah..


teringin nak balik rumah..

teringin nak cubit akim..


teringin nak tengok akil..



Thursday, May 14, 2009

kasih ibu membawa ke syurga

salam.

Upadate kali ini ingin saya kongsikan tentang pengalaman saya sepanjang tinggal di sayeda zainab.Apa yang spesel sangat ni tentang sayeda?ehe..yang spesel nye bukan sayeda yang dipenuni dengan debu itu,tetapi yang spesel nye sebab stesen sayeda yang menghubungkan saya dengan stesyen damardesh adalah metro terdekat bagi pelajar kuliah perubatan cairo universiti atau lebih glemer dengan panggilan qasr aini.

Maksudnye,setiap hari saya akan menyaksikan berbagai-bagai ragam pesakit samada di stesen sayeda mahupun stesen damardesh.Tambahan pula hospital Damardesh dan hospital Qasr Aini boleh dikatakan antara hospital terbesar di Mesir umumnya dan di Cairo khususnya.

Antara benda yang amat saya amati sepanjang pemerhatian saya,ramai pesakit-pesakit yang datang ke 2 hospital ini adalah golongan yang sederhana ataupun yang kurang berada.Almaklumlah hospital kerajaan.

Dari sekecil-kecil kes demam atau selsema sehingga sebesar-besar kes memakai kerusi roda dan pesakit yang menggunakan catheter dan terpaksa memegang beg yang berisi urine,kesemuanya pernah saya ketemu didalam metro.(T_T)

Setiap pesakit yang agak uzur selalunya akan ditemani oleh ahli keluarga dan ahli keluarga yang selalu saya perhatikan adalah golongan ibu-ibu(^_^).Setakan penghayatan saya selama ini,saya tidak pernah menjumpai pesakit yang ditemani oleh kaum-kaum bapa (pasti nya ada,tapi tidak pernah saya ketemu)mungkin juga golongan bapa sibuk mencari rezeki,jadi tugasan membawa ahli ke hospital diserahkan kepada ibu.Biarpun keadaan sang anak cukup berat untuk dipukul dengan hanya berbekalkan kudrat seorang wanita.

Bila difikirkan balik,besarnye pengorbanan seorang ibu itu tanpa kita sedari atau tidak.Dari awal mengandung,menjaga,menyusu dan membesarkan kita.Sesungguhnya kasih ibu itu membawa ke syurga..

Selamat hari ibu buat semua ibu-ibu terutama buat ibunda tersayang...\(^O^)/

makan kek



kek pertama

tajaan : chocoholic

tukang kek dan topping : pijot dan iqa (kredit tuk 2 org anak dara ni~)



kek kedua

tajaan : baitul wifaaq

kek dan topping :pakcik dan makcik kedai (^_')



kek ketiga

tajaan : adik-adik tersayang

kek dan topping : pembuat kek professional (0_o)



Tahun ni dapat 3 kek

dan 3 hadiah coklat(natrah,umi,raden)

mungkin sebab dah masuk 23

so,tahun depan mungkin dapat 4 (^_~)

terima kasih tak terhingga kepada semua penaja

tahun depan boleh bagi lagi (^_^)