Saturday, April 18, 2009

mengidam fathiroh

salam.

Hampir 4 tahun mulut tak menjamah roti canai malaysia.Hari tu balik Malaysia tak sampai sebulan tak sempat nak makan roti canai sebab kedai roti canai feberet tu dah tutup.Pelik jugak camne boleh tutup.Sebab setiap kali pegi,sure kena tunggu lama-lama disebabkan pelanggan yang terlampau ramai.Andaian yang saya buat sebab tuan dia balik kampung.Orang cakap ramai yang bukak warung atau kedai makan yang kecil kawasan kota bharu tu ramai orang siam muslim yang tinggal di sempadan (betol ke fakta ni?)

Antara jenis kuah yang disediakan untuk dipilih adalah kuah kari,kuah dal,kuah ikan bilis.Suma nye best bagi penggemar roti canai cam saya dan pilihan yang teratas adalah kuah ikan bilis.Kuah nye macam sambal,tapi lagi banyak kandungan airnye dan lagi manis(sinonim dengan kelantan)

Kalau kat sini adik beradik roti canai adalah fathiroh.Dijual dimana-mana kedai roti kat mesir ni.Kalau mula-mula sampai dulu,boleh dapat dengan harga 50 qirsh (35 sen) bagi yang bersize kecil dan 1 genih (70 sen) bagi yang besar.Tapi itu cerita lam.Sekarang harga dah naik.Yang kecil dengan harga 50 qirsh dah tak wujud.Fathiroh yang berharga 1 genih pun dah menegecil menjadi size fathiroh yang berharga 50 qirsh dulu.

Kat sini fathiroh tu saya makan dengan keju.Samada keju yang sapu ataupun keju yang sedikit pejal.Kalau rajin sikit,boleh makan dengan sardin.Dari segi kelembutan,fathiroh sini kalah dengan roti canai orang yang pro kat Malaysia.(mungkin jugak sebab orang melayu lagi lembut dari arab,so makanan pun lagi lembut)

Minggu ni sungguh-sungguh mengidam fathiroh.Kali pertama dan kedua saya pergi ke kedai,fathiroh dah habis.Untuk kali ketiga saya pegi,nasib sangat menyebelahi saya.Fathiroh tu ada 6 keping dan saya mitak dengan pakcik tu nak beli 6.Beli 3 untuk rumah cik timb presiden dan 3 untuk rumah saya.Sambil pakcik tu taruk dalam plastik,saya buka beg nak cari duit.Carik punya carik,rupanya saya tak bawak satu sen pun duit.hu..dengan muka separuh tebal saya bagitau pakcik tu yang saya tak bawak duit.

Sangkaan saya pakcik tu akan marah,tapi pakcik tu cool je.Dia cakap takpe (ha,, suu zonn lagi dengan orang arab).Janji saya,akan datang lagi lepas ni(dengan harapan yang dia akan simpan fathiroh tu).Lepas habis meeting kat rumah miss vice pres,saya bertolak balik dengan 2 orang mushrif.Untuk kesekian kalinya saya terpaksa menebalkan muka untuk mitak mushrif tu temankan ke kedai roti sebelum balik rumah.

Kecewanye saya bila fathiroh tu dah dijual dengan jayanya oleh pakcik tu.sedih mode~
Pakcik tu cakap,dia tunggu je awal2,tapi bila saya tak datang2,dia jual la kat orang lain sebab dia sangkakan saya dah tak datang.

Kali ke-4 pun fathiroh tu dah habis.Tapi untuk kali ke-5 nye saya berjaya beli fathiroh kat kedai yang sama.Tapi sebelum taruk fathiroh dalam plastik,pakcik tu tanya, "awak bawak duit tak?"huhu..rupanya pakcik tu masih ingat kepada muka yang pernah nak beli fathiroh tanpa bawak duit.

Akhirnye saya berjaya makan fathiroh setelah berkali-kali frust dengan pakcik kedai fathiroh tu.Terasa nikmat fathiroh tu setelah berpenat untuk mendapatkan sekeping fathiroh.

Hikmah yang boleh dikaitkan kat sini adalah tentang nikmat selepas susah dan usaha.Sebenarnye nikmat atau sesuatu yang kita harapkan itu akan lebih terasa bila usaha yang dicurahkan seberat batu.Samalah kat sini dengan exam.Makin banyak usaha yang dicurah,makin tinggi nikmat keputusan yang kita dapat.Orang yang dapat result tinggi dengan meniru,takkan merasai nikmat keputusan itu semanis orang yang mendapat jayyid dengan usaha sendiri. (^_~)

Selamat bermujahadah untuk adik-adik dan sehabat seMesir yang akan menduduki peperiksaan.Setiap apa yang kita usahakan akan diganjarkan dengan sesuatu yang lebih besar oleh Maha Pencipta..yakin lah dengan tuhan mu..

No comments:

Post a Comment