Tuesday, April 21, 2009

ulama sepanjang jalan.



salam.

Antara kelebihan Mesir yang memang lebih dari tanah tumpah darahku adalah ulama.Kat sini ramai ulama yang mu'tabar diseluruh dunia berada di bumi Mesir .

Alhamdulillah sepanjang di Mesir saya berpeluang untuk bertemu dengan beberapa orang ulama.Kali pertamanye semasa di tahun satu.Masa tu kat masjid al-Azhar.

Pertama kali saya melihat Sheikh Tantawi kat depan mata.Sebenarnye saya tak kenal pun sheikh tu(buta ulama betul.huhu),tapi orang ramai duk sebut2 nama dia masa dia nak masuk tengok masjid azhar dengan diescort oleh beberapa orang pegawai.Bila balik dan tanya-tanya orang rupa2nya beliau adalah sheikh azhar.

Masa tahun tiga,kali pertama saya berjumpa dengan Sheikh Wahbah Az-Zuhaili.Ni masa kat ma'rad kitab.Dalam hati sebenarnye teringin sangat nak pegi jumpa sheikh depan-depan ataupun ambil gambar.Bila tengok-tengok,suma yang ambil gambar dengan sheikh adalah laki dan yang pergi dekat pun hanya kaum lelaki,niat dihati ini terpaksa dibatalkan.Masa ni tak leh nak ambil gambar sebab hp dah kembali syahid untuk kesekian kalinya.

Di akhir tahun 3 saya berpeluang untuk jumpa sheikh Yusuf Al-Qardhawi untuk kali pertama.Tapi masa ni tengok dari jauh je.Nampak sheikh gitu-gitu je.Takde zoukk sangat orang kata(T_T).

Di pertengahan tahun empat,diizinkan Allah untuk bertemu sheikh Yusuf buat kali kedua.Yang bestnya,kali ni sheikh berada hanya 2-3 meter dihadapan mata.Best sangat bila jumpa sheikh.Boleh nampak ketenangan yang memang diimpikan oleh semua orang pada diri sheikh.

Ulama adalah pewaris nabi.Kata orang,kalau kita tak mampu nak jadi ulama,sekurang-kurangnye,biarlah ada usaha ke arah mendekati ulama dan berazam untuk menjadi hamba yang terbaik sebagai ganti. Ameen~

2 comments:

  1. Antara kelebihan Mesir yang memang lebih dari tanah tumpah darahku adalah UMALA? :P

    ReplyDelete
  2. wa.. kak zatil yang ku sayang..seb baik akak tegur,nati saya betul kan.huhu

    ReplyDelete