Friday, April 24, 2009

Alhamdulillah

salam,

Alhamdulillah kalimah pertama saya ukirkan di awal penulisan pada kali ini.Seakan ketenangan memenuhi dada disaat melafazkan kata agung itu-ameen~ \(^_')/.Segala resah yang menyesakkan jiwa terasa terbang seketika.

Kali ini sekadar ingin berkongsi tentang pengalaman di musim sejuk lepas.Dengan izin Allah saya sampai ke tempat yang diidamkan ramai.Secara jujur,saya tidak pernah plan untuk keluar dari Mesir pada cuti lepas.Tambahan pulak saya kurang gemar untuk bermusafir jauh dari rumah(erkk..betul ke?):P

Disaat akhir,tiba-tiba terpikir untuk keluar dari Mesir.Wajah dan nama pertama yang keluar di bayangan mata adalah nama dan wajah ayu si MAR.(Sebab MAr ni kaki jalan.hehe).

Selepas segala urusan dibuat,akhirnye kami berjaya terbang ke Turkey pada awal Februari lepas.Perjalanan dari cairo ke Istanbul memakan masa selama 2 jam dan yang menariknya,tiada perbezaan dari segi masa di kedua-dua tempat.



masa nak check in..lizz tengah wat urusan


Sarapan pagi pertama di istanbul..

Perjalanan dari airport ke hotel takde la lama sangat.Lebih kurang dalam 20 minit kami dah Add Imagesampai di Grand Tahir Hotel.Hotel ni dekat je dengan Grand Bazar.Antara tempat tumpuan pelancong untuk nak shopping(^_').Sepanjang perjalanan nak sampai kat hotel,banyak masjid di sepanjang jalan dan rekaan serta warna masjid di Turkey ni hampir sama menyebabkan susah tuk nak bezakan antara masjid-masjid ni.

Malam pertama di Turkey memang menyeronokan.(^_^).Keluar dari Mesir yang berdebu dan sampai di sebuah negara yang pernah menyaksikan keagungan sebuah khilafah.Terasa nikmat yang dihadiahkan Allah untuk sampai ke Turkey.Tambahan pulak dalam hotel tu memang disediakan heater yang melekat kat dinding.Heater yang tak mengeringkan kulit macam heater murah kat Mesir.huhu

Sampai je kat hotel,kami makan lagi.hehe.(Memang kuat makan)Makanan malam yang disediakan memang best dan kami makan dengan penuh selera(burrpp..)

bersambung..


2 comments:

  1. salam cik pah, kenapa kat mula je alhamdulillah, kat last tu lepas burp tak alhamdulillah... :)

    ReplyDelete