Wednesday, April 1, 2009

imtihan

salam sakinah,

Hari ni dah 1 April dan bermakna dah lepas la satu round lagi dalam tahun empat ni.Tinggal satu round je lagi,iaitu romad(ophthalmology).Satu exam telah berlalu pergi dengan selamatnye ~bye bye.


Alhamdulillah exam hari ini agak o.k(walaupun ada jugak soalan yang ragu-ragu nak jawab (T_T) ) .Tunggu kat depan pintu masuk tu pukul 9.30.Nak kena melepasi pakcik yang bagi kertas jawapan.Sepatutnye nak kena tunjuk kernih(pass masuk),tapi disebabkan kernih yang berkenaan hilang bersama-sama dengan bekas duit ari tu,maka saya pergi berlenggag-lenggang tanpa kernih.(selamba je makcik ni..huhu).Mula-mula cuak jugak sebab semua orang dah keluarkan kernih,bila sampai je depan pakcik tu,cepat-cepat tanda tangan kertas nama,pastu pergi je..huhu , selamat mode~(nasib baik pakcik tu tak jerit panggil nama sebab tak tunjuk kernih )

Exam kali ni ada dua bahagian,bahagian pertama jawab soalan yang berdasarkan slide show.Soalan suma ada 10,tambah dengan satu death certificate yang perlu diisi berdasarkan case yang dr bagi.Ada la jugak soalan yang terkantoi kat sini.huhu..frust mode~.Lepas habis bahagian pertama,kita orang kena tunggu pulak tuk bahagian dua.


Bahagian dua ni ada 8 stations dan station yang last sekali kena buat praktikal.Praktikal tu pulak samada kena buat CPR atau ETT(endotracheal intubation).Ditakdirkan pulak section yang saya masuk ni,kena buat ETT.Sebenarnye,kitaorang dibekalkan cheklist untuk buat ETT ni.Disebabkan semalam dah berpenat-penat hafal dia punya step,saya pun dengan excitednye menerangakn kepada dr.mula-mula begini..bla bla..Tiba-tiba dr tu cakap "slow skit,suara awak tu,tak payah cakap takpe,tunjuk je.."(selepas si terjemahkan dari arab ammi).huhu..malunye.(kadang-kadang overexcited ni susah jugak)..





localized depressed fracture..


Lepas habis exam,terus ambil keputusan nak balik rumah,kat tengah jalan-jalan tu,tiba-tiba ternampak satu kejadian yang bukan selalu berlaku kat kuliah.Ada orang kecoh-kecoh kat tengah jalan.orang yang gaduh pun ramai,yang tengok kat tepi pun ramai.apa ye?curious mode~


Disebabkan ramai orang yang ada kat situ,saya tak leh nak agak apa yang terjadi.Tiba-tiba ternampak seorang kawan arab.Tanya dia,apa yang dah jadi..dia cakap"just a fighting".Pastu yang sorang lagi tambah "silly".huh?apa ye?


Sampai dekat je dengan tempat tu,tiba-tiba terdengar orang yang ada mushkilah dengan security tu cakap arab fusahah.Sah!! ni kes pakcik jaga kacau budak-budak ikhwan muslimin punya pameran.huuhu..(ya ammu,,takde keje lain ke?asyik kacau orang nak buat baik je!)





curi-curi tangkap gambar..

Kesian tengok diaorang,penat-penat je pasang tempat pameran tu.pakcik guard dah suruh bubar,pelik betul kalau nak pikir-pikir balik.Kalau ada persatuan student lain yang buat pameran,tak pernah lagi guard tu nak buat kacau.Bunyi je IM nak buat pameran,terus je dia marah-marah.Mula-mula nampak teruk jugak diaorang jaduh,lepas tu jadi reda sikit.Shabab ikhwan tu mengalah,ada yang angkat balik buku-buku yang diaorang jual.huhu.sedih mode~





kemas..

sambil tu,ada jugak fatayat yang duduk tepi,diaorang pun tak kuasa nak layan pakcik tu.Kesian betul kat diaorang



Melihat dan menunggu?

Lepas lama kejap,yang gaduh-gaduh tadi pun lega,saya pun mengambil keputusan untuk meneruskan perjalan ke rumah.(^_~).On the way nak keluar dari pagar kuliah,tiba-tiba nampak 3 orang budak laki palestine (satu group dengan saya)baru keluar dari cafe kuliah.Apa yang menarik perhatian adalah kat tangan setiap dioarang ada setin PEPSI.hu..kecewa mode~kadang-kadang terfikir jugak,diaorang tak tahu ke yang pepsi tu israel punya?israel yang serang tanah air diaorang.pelik !

Kalau nak tengok kat sini,ada 3 jenis orang yang nyata untuk diperhatikan,

golongan pertama: shabab ikhwan tadi yang semangat untuk mempertahankan pameran yang diaorang buat tentang palestine.Pameran untuk bagi kesedaran kepada orang lain,bahawa Palestine ini perlu dipertahankan dalam apa jua keadaan.Moga Allah mengurniakan jannah tuk diaorang. ameen~

golongan kedua : shabab palestine dan orang-orang yang sekeliling,diaorang just tengok tepi dan tak kisah.Mungkin ada yang simpati dan mungkin ada yang cakap padan muka!

golongan ketiga : Orang yang bertanggung jawab yang suruh security kacau shabab ikhwan tu.Golongan ni pulak,yang menentang orang nak buat baik..

Kita pula bagaimana?


No comments:

Post a Comment