Sunday, April 26, 2009

kisah simpati

salam

Hari ini nak share cerita tentang apa berlaku di sekeliling saya.Apa yang saya dengar dan apa yang saya lihat.
Sekarang saya berada dalam round Ophthal.Bagi saya subjek kali ini adalah antara yang paling best diantara lain-lain subjek bagi tahun empat.Salah satu round yang beberapa kali dah saya boleh tegok patient secara live dan boleh periksa patient tu sendiri.

Hari pertama agak jakun la jugak sebab first time tengok patient yang ada masalah dengan mata ditambah pulak dengan saya tidak membawa torch sendiri.Dr pun siap dah bagi warning kat sapa-sapa yang tak bawak torch lain kali akan dihalang daripada memasuki kelas dan langsung tak leh tengok cases.(menakutkan jugak ugutan ni)(T_T)

Pada hari kedua,saya bawa torch sendiri.Tapi bukan kepunyaan sendiri.Dipinjam secara percuma dari kak Zawil(TQ akak!)pada asalnye kak zawil segan nak bagi pinjam sebab torch tu dah lama dan lampu dia agak malap.Tapi pujuk punya pujuk,last2 dapat jugak.(O_0)

Kali ini ada 3 orang patient.Seorang makcik yang dah berumur dalam lingkungan 60 an dan mempunyai masalah immature senile cataract.Pesakit kedua dan ketiga yang seterusnya adalah lelaki.Seorang tu mempunyai masalah posterior polar cataract dan yang last sekali tu paling menarik.Patient ke 3 ni pakai lens yang ditanam didalam mata.Untuk memastikan lens itu senang dilihat,pemeriksa perlu memeriksa mata dari arah tepi dan bukan dari arah depan seperti pesakit lain.

Masa tengah periksa patient pertama dan kedua,saya takde lah terlalu excited untuk nak tengok mata yang bermasalah itu secara personal.Hanya melihat secara berkumpulan seramai 5 orang serentak.Bila tiba case yang terakhir,saya memberanikan diri untuk memeriksa sendiri pesakit ni.Selepas mintak izin,saya pun memeriksa dengan berhati-hati dan penuh curious..hoho. Ternyata memeriksa dengan menggunakan torch sendiri membuahkan hasil yang agak best!Selesai je saya tengok patient tu,tiba-tiba dia tegur saya."Cahaya torch awak tak kuat"-setelah di translate.aduss..sempat lagi dia bandingkan torch pinjaman saya itu dengan orang lain.huhu..

Jika diteliti,ramai pesakit yang datang ke hospital ini adalah orang yang boleh dikatakan kurang berkemampuan.Maklumlah,hospital kerajaan pastilah menjadi tempat pilihan sebab murah.Sayu juga hati bila melihatkan pesakit-pesakit tu.Besarnye nikmat yang saya rasai selama hidup di muka bumi ini.(ameen~)

Selepas tamat round pada jam 12 setengah,saya terpaksa menunggu untuk kelas yang seterusnya pada pukul 3.Disebabkan malas nak tunggu sorang-sorang kat kuliah,saya ambil keputusan untuk menumpang kat rumah kak zawil.Kunci dah ada kat kat tangan.So,,ambil la kesempatan ni.ehe

Kenderaan yang terpilih untuk pergi rumah kak zawil adalah tramco.Bayaran yang pakcik tramco mintak tak tentu sangat.Kadang-kadang dapat je 75 qirsh atau 1 Genih.Bila dah nak hampir sampai dengan destinasi yang dituju,tiba-tiba tramco yang saya naik tu mati enjin kat tengah-tengah jalan.aduss..camne ni?Nasib baik la rumah kak Zawil dah dekat dengan tempat tarmco tu berhenti,dan saya ambil keputusan untuk turun dan jalan kaki.Sebelum sempat saya turun,tiba2 terdengar satu bunyi yang kuat dari arah belakang Tramco dan serentak dengan itu,tramco yang saya naiki tu,bergegar.Rupa-rupanya tramco ini telah dilanggar oleh kereta belakang yang cuba untuk nak cross tramco yang kematian enjin ni.

Lantas semua orang keluar dari tramco.Pakcik tramco pun keluar marah2.Satu habit yang boleh dipuji kat Mesir ni,bila ada kereta yang berlanggar,mereka akan keluar gaduh2 sampai nak keluar anak tekak.Tapi lepas tu mereka akan berbaik semula tanpa ada yang meminta ganti rugi.Pakcik tramco tu hanya marah-marah je then lepas tu sejuk balik.Orang yang melanggar pun tak bayar sesen pun kat pakcik tu.

Bila semua orang dah turun,pakcik tu bagi balik tambang kepada semua orang.Kesin betul kat pakcik tu.Mula-mula tramco rosak,pastu kena langgar dan akhir sekali dia terpaksa keluarkan duit untuk bagi balik tambang kepada semua orang.huhu..simpati mode~

Kesimpulan yang boleh di ambil,sebenarnye Allah tak pernah berhenti menguji hamba dia.Ujian ini bukan lah tanda kebecian,tetapi tanda Allah sayang pada kita.Kita bukanlah orang yang paling teruk ujian nye jika nak dibandingkan dengan orang lain.JOM sama-sama menjadi hamba yang bersyukur diatas nikmat yang tak terhingga ini.




Torch baru..ehe

No comments:

Post a Comment